 |
Feb 29, 2008
aSSALAMUALAIKUM
Sweet Dream, impian manis tajuk ne aku dah tulis lama dulu kalau tak silap 1 februari 2006 fulamak dah masuk 2 tahun dah baru sekrg aku nak fixbac balik.. tapi elok gak kan sebab lam masa 2 tahun tu maybe impian2 yang aku ingin kan ada yg telah tercapai.
1) Impian untuk hidup bahagia, tapi tak semua yang kita mahukan akan kita capai hidup ini mesti ada pro dan kontras kalau tidak seperti lagu tanpa lirik tak best membosankan.. tp aku bersyukur aku masih dapt mengecap bahagia.
2) Impian ingin menziarahi rumah Allah, impian ni lom lagi aku capai insyallah kalau panjang umur dan rezeki ada sampai gak aku ke sana.
3) Impian untuk memiliki keluarga yang besar.. nampak gaya nyer lom tercapai gak impian aku yg satu ne.. aku tak perlu putus asa maybe ada hikmah disebalik itu yg aku tak tahu. aku kena redha
4) Impian untuk mempunyai rumah sendiri alhamdulilah impian ini aku dah pun tercapai walaupun tidak siap sepenuhnya tp aku bersyukur. macam tak percaya pulak lam masa 2 tahun aku dah ada umah sendirik. hehehe fantastik kenapa aku kata fantastik sebab aku tak yah pening2 nak pikir potong gaji pinjam loan kerajaan. hehehh cam majik lak.
5) Impian aku yg kelima ne miliki kete toyota wish.. bila tengok2 kete yg lalu lalang kat jln raya impian aku bertukar lak pada pacuan 4 roda (harrier) fulamak tinggi teast tu.. ngalahkan artis pulak aku ne. heheeh maybe impian ne cuma sekadar impian je kot.. tp kita tak tahu kan manalah tahu ada hamba Allah yg tetiba bermuarh ati nak hadiah kan aku kete ne.. bak pepatah besar tapak kaki besar lagi tapak gajah aku tadah. heheheh
apa lak yg aku merapu ne, malas tul lah petang ne bos anto aku ge dengar taklimat audit fail, ishhh dah jemu tahap cipan aku dengan benda2 fail ne. muka aku pun dah cam muka fail.. heheh oklah cau cing cauu lu
Posted at 01:31 am by Mastika
Permalink
Assalamualaikum..
Long time ago aku tak mengupdate blog ne, nak dekat setahun kot . yg membuatkan aku bersemangat balik nak mengadap skrin bisu ne bila nengok2 blog adik2 yg ceria dan meria.. tu yg membakar kembali semangat petirotik aku.. ari ne aku nak sentuh pasal TODAY dalam bahasa melesia HARI INI bertarikh 29.2.2008. ari ne dah sedia maklumkan bahawa hanya 4 tahun sekali je tarik tersebut muncul heheheh beruntunglah sesiapa yg lahir, kawin apa saja jelah pada tarih tersebut, mana tak untungnyer 4 tahun sekali nyambut ulang tahun.. mudeee 4 tahun tu. hihik.
kekadang tu tertanya2 gak kenapa yek ia berlaku, tapi tak tercapai dek akal ku itu semua kuasa Yang Maha Esa, Dia lebih mengetahui apa yg di langit, yang dibumi. Dia saja yg tahu kenapa bulan 2 ne hanya 4 tahun sekali ada tarikh 29.2. bila direnung balik terlalu sempurnanya ciptaan Ilahi. aku bersyukur kerana dilahirkan sebagai seorang muslimah walaupun taklah sewarak mana sekurang2nya aku juga tergolong dalam org2 yang dirahmati oleh Allah. yelah ada tempat tinggal, ada pakaian untuk di pakai ada makanan untuk dimakan. heheheheeh.. bertazkirah lak aku agaknyer pastulah kot anak2 sedara aku panggil aku ustazah heheheh ustazah yg tak layak dipanggil ustazah.
Posted at 01:23 am by Mastika
Permalink
Jul 9, 2007
KASIHNYA Allah PADA WANITA
"Keistimewaan yang Tuhan berikan kepada wanita terlalu
banyaknya". "Kasihnya Tuhan kepada wanita!" Itulah kata-kata yang paling mudah digunakan untuk menggambarkan 'layanan' istimewa terhadap wanita dalam Islam. Sesungguhnya, tidak akan ada mana-mana ajaran, ideologi, isme atau agama lain yang dapat melayan wanita dengan sebegitu baik sepertimana Islam melayan wanitanya. Malah, kalau bergabung pun kesemua wanita yang cerdik pandai, berharta dan berkuasa di seluruh dunia ini untuk menambah hak dan pengiktirafan buat mereka, mereka pasti tidak akan mencapai taraf kemuliaan serta layanan baik yang Allah SWT tawarkan buat seorang wanita di dalam Islam.
Namun, ramai wanita yang tidak memahami hal ini. Lantaran itu kebanyakan mereka tertipu oleh nafsu sendiri dan merasa terkongkong dengan amalan atau larangan tertentu yang digunakan ke atas wanita Islam seperti amalan menutup aurat, larangan bergaul bebas, poligami, larangan wanita menjadi pemimpin dan lain-lain lagi. Mereka cukup takut dan gerun dengan kesemua amalan atau larangan yang dianggap sangat menindas wanita. Walhal kalau dikaji setiap satu amalan atau larangan itu, mudah sahaja untuk melihat hikmah dan kebaikannya kepada kaum wanita itu sendiri.
Lalu kita melihat apa yang diperjuangkan oleh pejuang-pejuang hak wanita ialah mereka kalau boleh tidak mahu sebarang sekatan dikenakan ke atas mereka. Tentulah ini tidak munasabah. Sedangkan manusia sendiri banyak membuat peraturan-peraturan serta larangan itu dan ini, atas alasan hendak menjaga keselamatan diri atau masyarakat awam. Contohnya, dalam soal lalu-lintas, terlalu banyak peraturan dan larangan yang manusia buat seperti jangan memandu melebihi had laju, tidak boleh letak kereta di garisan kuning, mesti berhenti apabila ada isyarat lampu merah, mesti hidupkan lampu selepas pukul 7 malam dan berbagai-bagai lagi. Kalau dalam bidang sekecil ini pun perlu banyak peraturan dan larangan, sudah tentulah dalam bidang kehidupan lebih memerlukan lagi, dan lebih-lebih lagilah kalau skopnya itu jauh lebih luas iaitu untuk keselamatan dunia dan Akhirat.
Tuhan sebenarnya sangat kasih dan memuliakan kaum wanita. Segala suruhan dan larangan yang Tuhan kenakan ke atas kaum wanita tidak lain dan tidak bukan ialah untuk memastikan keselamatan dirinya dan masyarakat dan sekali-kali bukan untuk menyusahkan mereka. Tetapi, atas hujah dan alasan apa dakwaan ini dibuat? Mari kita lihat satu persatu pengiktirafan yang diberikan olehTuhan kepada wanita, sama ada setara langsung atau pun tidak.
i) Gelaran bagi `isteri' di dalam Al Quran
Perkataan yang Allah SWT gunakan di dalam Al Quran untuk menunjukkan suami atau isteri adalah perkataan yang sama, sedangkan dalam bahasa- bahasa lain, perkataan untuk suami dan perkataan untuk isteri menggunakan dua perkataan yang berbeza. Misalnya, dalam bahasa Inggeris, perkataan untuk suami ialah `husband' manakala perkataan untuk isteri ialah `wife'. Sementara dalam bahasa Perancis pula, perkataan untuk suami ialah `mari' manakala perkataan `femme' untuk isteri.
Tetapi di dalam Al Quran, suami dan isteri tidak disebut dua perkataan yang berbeza `zaujuh' dan `zaujati'. Hanya satu perkataan yang digunakan untuk kedua-duanya iaitu `zaujuh' yang bermakna `pasangan'. Islam melihat suami dan isteri adalah pasangan, penutup dan juga pelindung buat yang lain. Mereka dilihat sebagai sepasang, bukan berasingan. Sudah tentulah ini bermakna yang kaum lelaki di dalam Islam tidak dianggap lebih mulia daripada kaum wanitanya. Apabila kita mengatakan sepasang kaca mata, sepasang stokin atau sepasang baju, tentulah kita menganggap mereka setara dan tidak dapat dipisahkan di antara satu sama lain. Dan sudah tentulah kita tidak menganggap yang stokin kanan lebih hebat daripada stokin kiri atau kaca mata kanan lebih baik daripada kaca mata kiri. Begitulah tamsilannya sepasang suami isteri di dalam Islam seperti yang tercatat di dalam Al Quran.
Namun, gelaran zaujuh ini hanya diberikan kepada isteri yang sama beriman. Bagi isteri yang tidak beriman, mereka tidak disebut zaujuh. Contohnya, isteri Nabi Lut dan isteri Nabi Nuh. Di dalam Al Quran, mereka disebut 'imraah', kerana isteri sebegini tidak dianggap pelengkap, pelindung atau penutup kepada suaminya.
ii) Pembelaan Rasulullah SAW Terhadap Wanita
Rasulullah SAW ada banyak menyatakan Hadis-Hadis yang menunjukkan betapa wanita itu dimuliakan di dalam Islam. Antaranya:
a. "Syurga di bawah telapak kaki ibu." Apakah wanita tidak rasa mulia dengan Hadis ini? Mengapa Rasulullah SAW memilih perkataan "di bawah telapak kaki" dan bukan "di dalam tangan" atau "di sisi" seorang ibu? Sudah tentu ini sangat menggambarkan mulianya seorang wanita di dalam Islam. Seorang yang faham tentu akan sangat memandang mulia, menghormati, membela serta berlumba-lumba untuk berkhidmat dan meng'hamba'kan diri kepada ibunya (dengan syarat segala yang dibuat itu tidak melanggar syariat). Tidakkah beruntung menjadi seorang ibu di dalam Islam? Dia tidak akan terbiar dan dipinggirkan, malah akan sentiasa dibela, dihormati dan dimuliakan oleh anak-anaknya.
b. "Orang yang paling baik dari antara kamu itu ialah yang paling baik kepada isi rumahnya, dan aku ini orang yang paling baik dari antara kamu kepada isi rumahku."
c. "Tidak akan memuliakan perempuan-perempuan melainkan orang yang mulia, dan tidak menghina akan perempuan-perempuan melainkan orang yang hina."(Hadis riwayat Ibnu `Asakir)
d. "Bergaullah kamu dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang sopan. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak."
e. "Janganlah seorang mukmin lelaki membenci kepada seorang (isterinya yang) mukminah, kerana walaupun ada satu perangainya yang lelaki itu tidak suka, tetapi (tentu) ada lain perangainya yang is suka."(Hadis riwayat Ahmad dan Muslim)
Demikianlah hak-hak istimewa seorang wanita yang diberi oleh Islam. Dalam satu masyarakat yang bertaqwa, kaum wanita tidak perlu bimbang yang mereka akan diperleceh, dipermain atau diperkotak-katikkan oleh kaum lelaki, sebaliknya mereka boleh yakin bahawa pihak lelaki akan sentiasa melindungi, menasihati, menegur dan membimbing mereka dengan ikhlas.
iii) Bahagian Tubuh Wanita Dianugerahkan Nama yang Mulia
Dalam tubuh wanita, ada satu bahagian yang diberi nana yang begitu mulia iaitu rahim. Perkataan ini diambil dari nama Tuhan, yang bermaksud `Maha Penyayang'. Sudah tentulah Tuhan tidak akan memberikan nama yang semulia ini kepada sesuatu yang hina di sisi- Nya. Sudah tentuTuhan akan memilih sesuatu yang mulia juga untuk dianugerahkan nama yang begitu mulia. Tuhan tidak berikan nama yang semulia ini kepada bahagian tubuh lelaki tetapi Dia memberikannya kepada bahagian tubuh wanita. Rahim inilah yang merupakan penghubung kepada makhluk. Di dalam rahimlah, wanita menjaga ciptaanTuhan dan memberi makan kepada apa yang Tuhan ciptakan.
Kaum wanita sepatutnya merasa sangat malu kepada Tuhan kerana memberi penghargaan yang begitu tinggi kepada mereka. Siapa boleh nafikan kepentingan rahim untuk kewujudan manusia? Anugerah rahim kepada wanita sebenarnya sudah cukup untuk membuktikan akan mulianya wanita di sisi Tuhan.
iv) Diberi Pahala yang Berterusan
Wanita disebut `kurang dari sudut agama', tetapi ini bukan bermaksud yang wanita itu kurang dari sudut iman dan taqwanya. Mereka cuma kurang bersolat ketika datang haid dan nifas. Namun, oleh kerana di waktu-waktu lain mereka sentiasa bersolat, maka sepanjang waktu haid dan nifas itu, Tuhan tetap memberikan juga pahala solat sekiranya mereka dapat bersabar dengan keadaannya yang tidak selesa itu.
Bayangkan seorang wanita yang baru melahirkan anak. Sudahlah digugurkan dosa-dosanya seperti seorang bayi yang baru lahir, diberikan pula pahala solat percuma sepanjang dia dalam keadaan nifas. Dan kalau dia sabar menyusu, memelihara dan melayan kerenah anaknya pula, makin banyaknya pahala yang Tuhan sediakan untuknya.
Aduh! Maha Pemurahnya Tuhan kepada wanita. Maha Baiknya Tuhan kepada golongan yang sering dianggap lemah dan terpinggir ini! Kalaulah wanita-wanita pejuang hak asasi itu tahu begini sekali ganjaran- ganjaran yang Tuhan berikan kepada seorang wanita mukminah, pastilah mereka akan meninggalkan perjuangan mereka. Tidak ada apa-apa lagi hak yang perlu diperjuangkan oleh seorang wanita mukminah. Yang Tuhan tawarkan itu pun sudah terlampau banyaknya.
oleh: Azlan Mohamad
Posted at 01:33 am by Mastika
Permalink
Jun 25, 2007
43 Perkara Ringan Yg Menyekat Rezeki.
Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.
1. tidak sembahyang atau solat. 2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan. 3. makan atas pinggan yang terbalik. 4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri. 5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan. 6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil. 7. suka bersandar pada pintu rumah. 8. suka duduk di atas tangga. 9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan. 10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung. 11. tidak membersihkan rumah. 12. membuang sampah atau menyapu dengan kain. 13. suka membersihkan rumah pada waktu malam. 14. suka tidur di atas muka. 15. membakar kulit bawang. 16. menjahit baju yang sedang dipakai. 17. mengelap muka dengan baju. 18. berdiri sambil bercekak pinggang. 19. tidur tidak memakai baju. 20. makan sebelum mandi hadas. 21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh. 22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit. 23. lambat pulang dari masjid. 24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak. 25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan. 26. suka memadam pelita dengan nafas. 27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup. 28. membasuh kaki dengan tangan kanan. 29. membuang air kecil pada air yang mengalir. 30. memakai seluar sambil berdiri. 31. memakai serban sambil duduk. 32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis. 33. makan dengan menggunakan dua jari. 34. berjalan di antara kambing. 35. berjalan di antara dua perempuan. 36. suka mempermainkan janggut. 37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut. 38. meletakkan tapak tangan pada hidung. 39. suka menggigit kuku dengan mulut. 40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan. 41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil. 42. menguap ketika solat. 43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.
Posted at 07:42 pm by Mastika
Permalink
Jenis Hukuman Buat Wanita Di Akhirat
Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis maka dia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis. Baginda menjawab, "Pada malam aku di-isra'-kan. Aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya. Puteri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya. Aku lihat perempuan tergantang kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun- ubunnya, diulurkan ular dan kala jengking.
Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri. Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.
Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti bab* dan badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya.Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malaikat memukulnya dengan pentung dari api neraka," kata Nabi.
Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?
*Rasulullah menjawab, "Wahai puteriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.
*Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang 'mengotori' tempat tidurnya.
*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mahu mandi suci dari haid dan nifas.
*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.
*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.
*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kala jengking padanya kerana dia shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mahu mandi junub.
*Perempuan yang kepalanya seperti bab* dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."
Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.
Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.
Posted at 07:34 pm by Mastika
Permalink
Jun 11, 2007
Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baik nya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baik nya.
Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak membantu kawan baik nya untuk mencapai kejayaan.
Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baik nya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan.
Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.
Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baik nya untuk sentiasa berada disisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baik nya untuk berkawan dengan kawan yang baik .
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik , kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baik nya.
Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baik nya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.
Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna.
Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baik nya.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.
Kawan yang baik akan memanjangkan naskah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baik nya.
Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik ...kepada kawan baik kita.
Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik...!!!!!
Posted at 10:28 pm by Mastika
Permalink
Mar 15, 2007
Berbagai-bagai bentuk zikir telah dirumuskan oleh para ulama muktabar di dalam rangka menghampirkan diri kepada Allah swt. Zikir-zikir sedemikian pada dasarnya mendatangkan banyak manfaat bagi orang yang mengamalkannya. Salah satu daripada bentuk zikir yang telah dirumuskan ialah Zikir Munajat ini yang diturunkan di sini.
Adalah menjadi suatu amalan yang baik seandainya zikir-zikir seperti ini diamalkan secara istiqamah di samping diperkembangkan di kalangan anggota keluarga terdekat, jiran tetangga dan sahabat handai. Zikir seperti ini jika diamalkan dengan penuh ikhlas dan rasa tanggungjawab dengan izin Allah dapat membantu di dalam memanfaatkan masa supaya tidak terjebak dalam aktiviti-aktiviti yang melalaikan. Mudah-mudahan amalan zikir seperti ini dapat menjadi sumber keberkatan di dalam usaha membina generasi ummah supaya benar-benar menjadi pejuang Islam dan mengingati kebesaran Allah swt. Insya Allah.
*(Boleh di zikir sebanyak mana yang mampu)

Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.

Ertinya: Tiada Tuhan yang lain melainkan Allah yang Maha Esa. Tiada sesuatu yang menyengutu bagi-Nya. Tuhan yang memiliki segala kekuasaan. Tuhan yang memiliki segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan Mematikan. Dialah Allah Tuhan yang Berkuasa atas segalanya.
Posted at 06:08 pm by Mastika
Permalink
May 10, 2006
pagi td aku terpaksa menghantar kak long ke sekolah kerana abah dia outstation, selepas menghantar kak long aku bergegas ke tempat kerja kerana seawal 8.00 pagi aku terpaksa menemui tailor yang akan membuat blazer untuk kami yang bertugas di hari konvokesyen nanti, konvokesyen tak beberapa hari lagi.. masa sedang leka tetiba aku terpikir alamakkkkk nampak gayanye tak dapatlah aku nak menghadiri kenduri kawen kawan lama aku mesti dia marah giler kalau aku tak pergi, aku tak tahu nak wat cam ner kerana tarikh kenduriknya pulak tu time aku bertugas.. ishhhhh haru betullah baru je aku pikir2 tentu seronok dapat jumpa kawan2 sekolah dulu.. sedey nyerrr pulak... oklah balik ni nak bincang dgn suami nak wat cam ner....
Posted at 10:08 pm by Mastika
Permalink
Apr 12, 2006
Assalamualaikum..
Semalam sebaik saje aku bangun terdengar suatu suara di cuping telinga ku “ Selamat Hari Lahir Sayang” ohh rupa2nya suara suami aku lalu aku membalas ucapan itu “Terima Kasih” selepas itu aku bangun untuk menunaikan kewajipan kepada Yang Satu.. selesai saja solat subuh aku terpandang satu bungkusan yg di ikat rapi kemas di atas meja solek, aku tersenyum simpul… di dalam hati sungguh gembira mentelaah pulak ari itu jatuh pada hari lahir Rasulullah S.A.W.
Selepas mengemaskan diri serba ringkas aku ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi, diluar kelihatan ramai anak2 muda berkumpul kebetulan rumahku memang betul2 di simpang jalan.. mereka semua akan berarak beramai2 menunjuk ke masjid yang tidak jauh dari rumah aku.. terasa pagi itu terlalu syahdu dan sebak bila alunan selawat berkumandang dan hati aku gembira teramat aku pun tak tahu kenapa? Alhamduliah sudah 35 tahun aku bernafas dan hari itulah hari yg amat2 aku rasa terlalu seronok mungkin kerana hari lahir ku jatuh pada hari kelahiran Nabi kita.. mudah2an aku mendapat berkat dan rahmat dari Allah S.W.T disepanjang hidup aku
Petang tu suami mengajak aku keluar, kami hanya keluar berdua saja kerana anakku tidak mahu ikut mungkin kerana ingin memberi peluang ibu dan abah dia berdua hehehkkk nakal anak itu..
“abg nak bawa mas pergi jalan2”, itulah kata2 yang keluar dari bibir suamiku ketika di dalam kereta.. aku pun tak tahu kemana hendak dibawanya aku, aku hanya menurut saja… tapi biasalah bekerja seperti suami aku tidak mengira cuti atau tidak sentiasa di cari orang.. dan dia terpaksa berjumpa dengan seseorg di Bangi.. setelah sampai dan duduk di salah satu restoran aku terdengar suara perempuan meminta tolong tetapi amat perlahan “ tolongggg.. tasku dicuri orang”, aku terpana rupa2nya beg tangan nya di ragut oleh seorang anak muda yang bermotosikal.. kasihan sungguh aku melihatkan keadaan perempuan itu, rupa2nya perempuan itu adalah warga Indonesia di dalam tas yang diragut itu mempunyai permit, paspot, duit dan H/P. Selama 35 tahun aku hidup inilah baru pertama kali aku berhadapan dengan situasi sebegini.. sepanjang perjalanan pulang aku hanya berdiam diri di fikiran aku masih teringat2 peristiwa td. Suami aku perasan dan bersuara “ itulah sebabnya abg tak benarkan mas, berjalan sesorg, bukan abg cemburu tp tkut berlaku apa2”, Ye Allah ingin tunjukan pada aku kerana niat aku hari ni ingin pergi membeli barang berseorangan, Alhamdulilah kejadian tersebut memberi pengajaran kepada aku.. hari ini suami aku melapangkan masa dia tuk menghantar aku ke Shopping complex hehehk…
Sekarang aku baru tahu bahawa aku hanya punya kawan tetapi tidak teman.. tak seorg pun teman yang mengenali aku memberikan ucapan tersebut pada hari lahir aku, Cuma aku saja yang sering mengingati hari lahir mereka.. sedih gak tapi itu membuatkan aku sedar bahwa aku hanya punya kawan tidak teman…
Posted at 08:01 pm by Mastika
Permalink
Mar 9, 2006
Assalamualaikum...
dah lama aku tak update blog ni, banyak keje lah pulak.. penat pun ye tulah dulu nak kan tempat keje yg bz tahap cipan kan dah dapat hehek.. tak pelah janji bahagia.. ptg ni cuaca sejuk diluar sana hujan mencurah2 di selang seli dgn guruh.. sab baik ari ni tak driver so bleylah membute balik nanti hihihi.. esok berday ayahnda kad dah hantar, kebetulan lak minggu depan coti sekolah, berbalah bagi lak nak balik ke tidak macam2 nak kena pikir.. tengoklah nanti tak pun baling buah dadu hahahah..
hari ni memang penat sesangat, tengahari td aku gi bank ada hal sikit.. panasnya cuaca sampai sakit kepala rupa2 nya hari nak ujan..
Posted at 03:18 pm by Mastika
Permalink
|
 |
|
|
 |
|